Skip to content

SOALAN LAZIM

1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku?

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan layak memohon Rumah Selangorku Jenis A. Pendapatan isi rumah melebihi RM3,000.00 hingga RM10,000.00 sebulan pula layak memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.;
  • Pemohon dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan juga boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C atau D. Walau bagaimanapun, pemohon dengan pendapatan melebihi RM3,000.00 sebulan tidak dibenarkan untuk memohon Rumah Selangorku Jenis A.;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C,atau D semasa membuat permohonan;
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Tempoh sah laku setiap permohonan adalah selama dua tahun. Selepas tempoh tersebut, permohonan yang masih berstatus SENARAI MENUGGU akan dikeluarkan daripada sistem. Pemohon yang masih berminat perlu mengemukakan permohonan baharu.
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah sehingga RM15,000 sebulan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpendapatan isi rumah sehingga RM10,000 sebulan, mengikut pilihan rumah yang dipohon.
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman komersial (Pangsapuri Perkhidmatan dan SOHO) / boutique office (SOVO/ SOFO atau SOLO) dan bukan berdasarkan pemilikan kediaman perumahan;
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Penyerahan Kunci (V.P) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Tempoh sah laku setiap permohonan adalah selama dua (2) tahun. Selepas tempoh tersebut, permohonan yang masih berstatus SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan daripada sistem. Pemohon yang masih berminat perlu mengemukakan permohonan baharu.

Pemohon boleh mendaftar secara dalam talian melalui laman web Rumah Selangorku

Pemohon perlu muat naik (upload) dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Pendapatan
    1. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    2. Surat Akuan Bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;

Harga Rumah Selangorku tidak melebihi RM250,000.00 seunit, bergantung kepada jenis rumah, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Bagi hartanah harga kawalan seperti Pangsapuri Perkhidmatan, SOHO, SOVO dan SOFO mampu milik, harga jualan bermula dari RM230,000.00 hingga RM270,000.00 seunit.

Sila daftar dan log masuk ke laman web Rumah Selangorku untuk melihat senarai projek serta lokasi yang ditawarkan.

Sekiranya tiada keputusan tawaran selepas tempoh dua bulan, pemohon perlu membuat semula permohonan baharu. Walau bagaimanapun, pemohon juga boleh menukar pilihan lokasi projek sekiranya permohonan telah lama berada dalam status SENARAI MENUNGGU atau tidak lagi berminat dengan projek yang dipilih.

Sekiranya permohonan anda berstatus ‘TAWARAN BERSYARAT’, pihak pemaju akan menghubungi anda melalui surat pemakluman. Anda dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan (salinan keras/hardcopy) kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) seperti berikut:

  • Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Satu (1) salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/SuratCerai/Sijil Kematian pasangan, mengikut mana yang berkenaan;
  • Satu (1) salinan Surat Pengesahan Bujang daripada majikan atau yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi pemohon yang bekerja sendiri dan belum berkahwin. (Salinan asal wajib dikemukakan.);
  • Satu (1) salinan penyata gaji terkini atau surat pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi pemohon yang bekerja sendiri. (Salinan asal wajib dikemukakan dan tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh serahan.);
  • Satu (1) salinan Surat Akuan Bersumpah sekiranya pasangan tidak bekerja. (Salinan asal wajib dikemukakan dan tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh serahan.);
  • Satu (1) salinan penyata KWSP (jika ada) berserta sejarah pengeluaran KWSP. (Tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh serahan.); dan
  • Satu (1) salinan laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS bagi pemohon dan pasangan. (Salinan asal wajib dikemukakan dan tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh serahan.)

Bagi pemohon yang menerima status ‘TAWARAN BERSYARAT’, salinan Perjanjian Jual Beli berserta cukai tanah atau cukai pintu perlu dikemukakan sebagai bukti pemilikan kediaman di luar Selangor.

Pemohon yang masih berstatus ‘SENARAI MENUGGU’ tidak perlu mengemukakan dokumen tersebut semasa proses pendaftaran permohonan.

Pemohon yang menolak tawaran akan disenarai hitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan selama dua tahun.