Skip to content

INFORMASI TERKINI

1. SKIM RUMAH PERTAMAKU

Skim Rumah Pertamaku (SRP) ialah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli rumah pertama memiliki kediaman sendiri. Permohonan pinjaman atau pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria skim serta dasar pengunderaitan kredit masing-masing.

Melalui Skim Rumah Pertamaku, pembeli rumah pertama boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 100% bagi pembelian rumah kediaman pertama, selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

2. CARA PENGELUARAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) – PENGELUARAN MEMBELI RUMAH

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Kemudahan ini membantu ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat tinggal apabila bersara.

  1. KELAYAKKAN MEMOHON
    • Ahli ialah warganegara Malaysia atau bukan warganegara.
    • Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan.
    • Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM500.00)
  2. SYARAT
    • Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’/ ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
    • Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :-
      1. Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
      2. Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
      3. Majikan ahli
      4. Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
      5. Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
      6. Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
      7. Secara tunai
    • Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
    • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
    • Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP
    • Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)
    • Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
      1. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
      2. Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
      3. Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
      4. Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
      5. Membeli rumah ketiga
      6. Membeli rumah di luar negara

3. I-SINAR, I-CITRA DAN I-LESTARI

  1. i-Sinar – merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang semasa dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
  2. i-Citra – diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
  3. i-Lestari – merupakan inisiatif pihak kerajaan untuk memudahkan pengeluaran akaun 2 KWSP pengguna.

4. SKIM RUMAH SELANGORKU

Dasar Perumahan Negeri Selangor bertujuan untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga, Satu Kediaman yang Sempurna’. Usaha ini memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. 

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Kerajaan Negeri memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang menawarkan keselesaan lebih baik dari segi saiz, reka bentuk dan persekitaran komuniti. 

Kini, Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik dikenali sebagai Rumah Selangorku.

5. SKIM RUMAH IDAMAN RAKYAT SELANGOR

Rumah Idaman Rakyat Selangor merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.

6. CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT) 2022 [Real Property Gains Tax (RPGT)].

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ialah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). Mulai 21 Oktober 1988, cukai ini diperluaskan ke atas keuntungan daripada pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah.

Menerusi Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2007 [P.U. (A) 146/2007] Menteri Kewangan telah mengecualikan mana-mana orang daripada semua peruntukan ACKHT 1976 bagi pelupusan aset selepas 31 Mac 2007. Perintah pengecualian tersebut telah dibatalkan mulai 01 Januari 2010 melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2009 [P.U. (A) 376/2009]. Ini bermakna pelupusan apa-apa aset yang boleh dikenakan cukai mulai 01 April 2007 sehingga 31 Disember 2009 adalah dikecualikan daripada CKHT.

BAJET 2022 – Kerajaan tidak lagi mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah bagi pelupusan oleh individu warganegara, pemastautin tetap dan selain syarikat mulai tahun ke enam dan ke atas.

7. CARA MEMOHON PINJAMAN PERUMAHAN

  1. PINJAMAN BANK
    • JENIS-JENIS PINJAMAN
      • Pinjaman Asas (Basic term)
      • Pinjaman Semi Fleksi (Semi-Flexi)
      • Pinjaman Fleksi (Full-Flexi)
  2. PINJAMAN KERAJAAN – LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
  3. PINJAMAN PEKERJA – STAFF LOAN

Skim Rumahku AKPK

Modul Pendidikan Kewangan Pinjaman Atas Talian RUMAHKU disediakan khusus untuk bakal pembeli rumah pertama yang ingin memohon skim pinjaman perumahan khas Bank Negara Malaysia (BNM). Pembelajaran atas talian ini memberi panduan, informasi dan pengetahuan kepada bakal peminjam rumah pertama sebelum mereka membuat pinjaman perumahan. 

Pembelajaran ini merangkumi beberapa modul, termasuk kalkulator untuk mengira anggaran ansuran bulanan pinjaman rumah yang ingin dibeli, kalkulator bajet untuk membantu pengguna mengetahui kedudukan kewangan masing-masing, faktor kewangan dan bukan kewangan yang perlu dipertimbangkan, jenis insurans yang terlibat, serta khidmat nasihat ringkas daripada AKPK. 

Segala maklumat yang diberikan oleh pengguna tidak akan direkodkan atau disimpan dalam apa-apa bentuk.